Ciri ciri Perawat Islam / Bomoh yang perlu anda Jauhi

dukun

Perawat dapat menjelaskan segala masalah pesakit sebelum pesakit menceritakan masalahnya.

Cuba kita fikir secara waras. Bagaimana perawat (walaupun mereka mendakwa mereka perawat Islam) tersebut boleh tahu apa penyakit sipesakit tanpa perlu merawatnya (scan) terlebih dahulu.Lihat, baca dan fahami semula ayat-ayat yang saya kongsikan di atas. Rasulullah sendiri mengaku bahawa bginda tidak tahu sebarang bentuk benda ghaib melainkan apa yang diwahyukan sahaja.

Perawat melakukan rawatan dari jarak jauh hanya dengan menggunakan gambar ataupun nama sahaja.

Apa yang saya praktikkan di pusat rawatan saya ialah, sekiranya dah tiada jalan yang dapat dilakukan untuk merawat pesakit, saya akan tolong buatkan solat hajat. Tetapi saya tekankan bahawa solat hajat BUKANLAH rawatan. Ianya hanya sebagai satu bentuk pertolongan atas jalan kebaikan dan taqwa sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

“…hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)” 

Yang menjadi masalahnya apabila dilakukan solat hajat, ada sesetengah orang yang kononnya diberikan ‘kelebihan’, akan mendapat ilham melalui mimpi. Di dalam mimpi tersebut akan diberikan jawapan tentang apa yang dihajatkan. Contohnya kalau ada pesakit yang minta buat solat hajat untuk minta tengokkan siapa yang menghantar sihir, dengan solat hajat yang dilakukan, mereka yang melakukan solat hajat itu akan menceritakanlah siapa yang menghantar sihir tersebut.

Inilah salah satu bentuk penipuan yang bertopengkan islamik. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah salah menggunakan solat hajat seperti yang saya ceritakan di atas? Dan bagaimana cara sebenarnya?

Sebenarnya tidaklah salah menggunakan medium solat hajat sebagai salah satu cara merawat gangguan jin.

Tetapi apa yang menjadi isunya di sini ialah bagaimana perawat yang melakukan solat hajat tersebut boleh mengetahui masalah pesakit. Boleh tahu masalah pesakit samada gangguan sihir, saka dan sebagainya. Bahkan boleh bercerita siapa yang menghantar sihir. Ini yang menjadi salah.

Apa yang saya ceritakan ini bukan rekaan. Inilah apa yang diceritakan oleh pesakit-pesakit saya. Mungkin anda yang membaca artikel saya ini pernah terjebak dengan kaedah rawatan sebegini. Sungguh, memang tidak ada kaedah rawatan begini. Jadi, saya harap selepas ini anda janganlah terlibat dengan kaeda-kaedah begini.

Perawat mendakwa boleh tahu jumlah jin dalam badan pesakit.

Anda pernah jumpa perawat begini? Tentang ada sesetengah orang yang mendakwa boleh melihat jin, tahu jumlah jin, saya ada hurai dalam artikel yang lain. Anda boleh baca artikel tersebut di sini. Kita pergi pada soalan lain. Benarkah ada manusia yang boleh melihat jin? Sebelum saya kongsikan pendapat berdasarkan pengalaman saya, mari kita lihat jawapan al-Quran terlebih dahulu. Jawapan yang cukup jelas dan mudah untuk difahami.

Allah berfirman di dalam al-Quran di dalam surah al-A’raf yang bermaksud:

…sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihatnya..” 

Ayat ini berbicara ttg iblis dan pengikutnya. Informasi ayat ini sangat jelas bahwa iblis dan pengikutnya (iblis termasuk bangsa jin) dapat melihat kita dan kita tidak dapat melihat mereka.

Jadi, berdasarkan pengalaman saya, orang yang mendakwa dapat melihat jin ini, mereka termasuk dalam salah satu dari tiga keadaan di bawah:

  1. Orang tersebut mengalami gangguan. Dalam erti kata lain ada jin yang mendiami di dalam tubuhnya.
  2. Orang tersebut berdamping dengan jin. Maksudnya segala yang diberitahukan berkaitan dengan jin sebenarnya telah disampaikan oleh yang berdamping dengan dirinya.
  3. Orang tersebut hanya menipu semata-mata.

Kesimpulannya, dalam keadaan yang normal, tidak ada seorang manusia pun yang boleh melihat jin ataupun masuk ke dalam jin, kerana ini semua termasuk dalam perkara-perkara ghaib. Jadi jika anda berjumpa dengan perawat-perawat begini, nasihat saya tinggalkanlah mereka.

Baiklah, oleh kerana saya merasakan artikel ini dah agak panjang, saya akan sambung lagi penulisan saya ini dalam artikel yang seterusnya. Dalam artikel ini, saya hanya kongsikan tiga perkara di mana jika ada mana-mana perawat yang lakukannya, seperti yang saya katakan sebentar tadi, tinggalkanlah mereka. Janganlah berjumpa dan menggunakan khidmat rawatan mereka untuk merawat masalah gangguan jin yang anda hadapi.

Ilmu perubatan Islam adalah satu cabang ilmu yang perlu dipelajari secara bertalaqqi.

 Bertalaqqi ini apa dia? Untuk mudah faham, bertalaqqi ini ialah kita mempelajari sesuatu bidang ilmu secara berhadapan dengan guru kita. Kita baca dan dia dengar. Jika ada kesalahan guru akan membetulkan kesalahan tersebut.

Pentingkah belajar ilmu secara bertalaqqi ini? Untuk menunjukkan betapa pentingnya, kita lihat sendiri sirah Rasulullah s.a.w. Bagaimana Rasulullah mempelajari al-Quran? Ya, Rasulullah sendiri berguru dengan Malaikat Jibril a.s.

Kenapa Rasulullah perlu susah payah berguru dengan Malaikat Jibril? Apakah Allah tidak berkuasa untuk menjadikan Rasulullah dengan mudah boleh membaca al-Quran? Sudah tentu Allah berkuasa untuk melakukannya. Banyak sebabnya. Tapi apa yang boleh kita faham di sini ialah agama nak ingatkan pada kita betapa pentingnya menuntut ilmu secara bertalaqqi ini.

Begitu jugalah dengan ilmu perubatan Islam ini. Sebelum seseorang itu boleh digelar sebagai perawat Islam, dia perlulah mendalami ilmu tersebut secara bertalaqqi dengan guru yang benar dan diyakini bahawa ilmunya betul.

Jadi jika anda pergi mendapatkan rawatan dari mana-mana perawat, tanyalah siapa guru mereka. Dengan siapa mereka belajar ilmu perubatan Islam. Tambahan pula kalau kaedah rawatan yang mereka gunakan termasuk dalam kaedah yang meragukan, apatahlagi jika ada benda-benda yang khurafat, contohnya menjampi dengan tanpa membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan jelas.

Jika mereka menjawab seperti jawapan di bawah ini, jangan fikir panjang lagi, angkat kaki dan tinggalkan mereka.

  • Perawat tersebut mendakwa mendapat ilmu perubatan tersebut melalui mimpi. Tak kiralah yang datang dalam mimpi itu Syeikh mana sekalipun. Ini semua merepek dan tidak ada asas langsung dalam agama. Ingatlah bahawa hanya mimpi seorang Rasul sahaja yang benar kerana ianya adalah salah satu cara penerimaan wahyu.
  • Perawat mendakwa yang dia mendapat ilmu perubatan selepas sembuh dari penyakit yang teruk.
  • Perawat mengaku tidak berguru dalam mempelajari ilmu perubatan Islam. Tiba-tiba sahaja boleh merawat bila bangun dari tidur. Mungkin Allah nak beri kelebihan kepadaperawat Islam 
  • Perawat mendakwa lagi bahawa beliau mendapat ilmu perubatan di Mekah tanpa berguru dan setiap kali beliau pergi ke Mekah ilmunya akan bertambah.

Ini antara jawapan-jawapan mengarut yang diberikan oleh sesetengah perawat jika kita bertanya bagaimana mereka mempelajari ilmu perubatan Islam. Ingat, mereka ini pun pandai. Jika anda menunjukkan reaksi tidak percaya, mereka akan meyakinkan anda dengan macam-macam alasan.

Apabila selepas rawatan, ada sesetengah perawat meminta supaya dibuatkan kenduri dan meminta supaya disembelih ayam atau pulut kuning dan ayam golek.

Lalu perawat ini pun meminta kepada anda supaya diletakkan makanan tersebut di bawah mana-mana pokok besar.Lalu perawat pun mengarahkan kepada jin khadamnya untuk pergi ke bawah pokok tersebut dan memberitahu bahawa bahawa akan ada seseorang akan memberikan makan. Cara ini dipanggil sebagai menjamu di mana tujuannya ialah untuk meminta bantuan jin ataupun untuk merasuah jin tersebut supaya tidak lagi terus mengganggu.

Tapi ini cara dulu, golongan-golongan bomoh yang menyamar sebagai perawat Islam ini dah pandai, dah tahu yang masyarakat dah kembali sedar bahawa kaedah rawatan mereka yang syirik itu sudah tidak boleh diterima lagi. Jadi, kaedah rawatan mereka pun perlulah nampak Islamik.

Bagaimana?

Caranya ialah pesakit akan diminta untuk membuat kenduri doa selamat di masjid, rumah sendiri atau rumah anak yatim. Apabila disuruh buat begini, ia akan nampak macam tiada masalah dari segi syariat. Tetapi ianya menjadi bermasalah apabila perkara tersebut menjadi syarat dalam rawatan.

Sebenarnya apa yang terjadi ialah perawat tadi menyuruh jin peliharaannya untuk pergi ke masjid, rumah pesakit atau pun rumah anak yatim iaitu tempat di mana kenduri doa selamat itu dilakukan. Biasanya dalam kes begini, perawat menggunakan jin Islam.

Mungkin anda tertanya, jin Islam pun ada yang jahatke? Sebenarnya sama sahaja diantara manusia dan jin.

Manusia yang Islam pun bukan semuanya baik, bahkan ada sesetengahnya lebih menonjol sifat jinnya dari jin itu sendiri. Jadi begitulah juga dengan jin. Bukan semua jin Islam itu betul-betul bertaqwa kepada Allah.

Oleh itu berhati-hatilah apabila mendapatkan rawatan dari mana-mana perawat Islam. Perhatikan kaedah rawatannya. Sekiranya perawat ada meletakkan sebarang syarat dalam rawatannya, contohnya selepas rawatan kena putus ubat dengan cara dibawa barang besi, rawatan hanya 3 kali sahaja dan kalau tidak sembuh mesti dibuat kenduri, dan macam-macam lagi. Jika ada syarat begini, sebaiknya cubalah cari perawat yang lain.

 Ada sesetengah perawat yang minta pesakit membawa kain ketika sesi rawatan.

Sekali pandang memang macam tiada masalah. Tetapi ianya akan bermasalah jika barang tersebut menjadi syarat dalam rawatan, dan lebih memelikkan jika warna kain itu pun disyaratkan juga, contohnya mesti kain berwarna kuning, hitam dan sebagainya.

 Perawat melakukan rawatan menggunakan kaedah pembedahan batin.

  • Kaedah ini memang banyak dilakukan oleh perawat zaman sekarang. Cara pembedahan batin yang popular digunakan ada dua (2) cara:
  1. Perawat melakukan aksi-aksi hanya melalui pergerakan tangan tanpa menyentuh pesakit, sambil dibacakan ayat-ayat al-Quran, selepas itu pesakit mendapat kesembuhan. Kaedah ini agak meragukan dan dibimbangi perawat tersebut menggunakan pertolongan jin dalam rawatannya. Apatahlagi Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah menggunakan kaedah begini. Dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan kaedah perubatan begini. InshaaAllah dalam artikel akan datang, saya akan tulis artikel khusus tentang pembedahan batin ini. Dan harus saya tekankan sekali lagi di sini bahawa Rasulullah sendiri tidak melakukan kaedah rawatan begini, tetapi Baginda sendiri telah dibelah dadanya oleh Malaikat Jibril a.s secara nyata. Ini tidak mustahil kerana Baginda adalah utusan Allah dan arahan pembelahan dada itu adalah atas perintah Allah s.w.t.
  1. Cara yang kedua ini pula ialah perawat melakukan pembedahan dengan menggunakan peralatan yang tajam seperti gunting dan pisau. Pesakit sendiri memang rasa sakit seperti dibedah. Kemudian perawat hanya menampal tempat pembedahan itu dengan solotape sahaja dan dalam beberapa minit pesakit sembuh. Dari segi logiknya, tidak dapat diterima oleh akal yang waras bagaimana pembedahan yang berisiko tinggi boleh dilakukan tanpa teknologi perubatan yang canggih. Bagi orang yang tidak berfikir dengan akal yang waras, tentu mereka akan menyangka bahawa itu adalah kelebihan atau anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada perawat tadi. Tetapi hakikatnya, itulah sebenarnya sihir. Pandangan pesakit telah disihir sehingga mereka melihat sesuatu bukan yang sebenarnya. Iaitu mereka nampak darah, nampak tubuh mereka dibelah dengan gunting dan pisau, tetapi hakikatnya bukanlah begitu.

 Perawat menggosok tubuh badan pesakit dengan menggunakan telur dan pesakit terus sembuh dari penyakitnya.

Ada sesetengah kes, selepas digosok telur, bahan-bahan sihir, bisa atau batu karang dikeluarkan dari tubuh badan pesakit di mana bahan-bahan tersebut muncul di dalam telur yang digosokkan tadi apabila ianya dipecahkan.

Pesakit akan mempercayai bahawa dirinya telah disihir kerana mereka dapat melihat dengan jelas bahan-bahan sihir yang ada di dalam telur tadi. Mereka tidak sedar bahawa pandangan mereka sebenarnya telah disihir sehingga mereka melihat sesuatu yang tidak ada.

Perawat melakukan proses rebranding, iaitu penjenamaan semula.

Ini kerana sekarang dah banyak siaran-siaran agama di tv, internet, majalah dan sebagainya yang menerangkan kepada masyarakat tentang bahayanya menggunakan kaedah rawatan yang bertentangan dengan peraturan Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s