TENTANG KAMI

tentang-kami

LATAR BELAKANG PENGARAH URUSAN

Syarikat Bidara Rahsia Pohon ditubuhkan hasil kerjasama dari sebuah Syarikat Bidara Asyabul Yamin Sidr yang diterajui oleh Ustaz Khairuddin Ibrahim dan Cik Siti Hajar. Cik Siti Hajar dilahirkan pada 7 September 1987 dan dilahirkan di Taiping Perak Darul Ridzuan.  Beliau merupakan pelajar Jurusan Ijazah Sarjana Muda Khidmat Pelanggan & Diploma Pengurusan Pejabat dari Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) .  Manakala Ustaz Khairuddin Ibrahim pula dilahirkan pada 23 Oktober 1971 di Bagan Datoh Perak Darul Ridzuan.  Ustaz Khairuddin telah berkahwin dengan isteri, Puan Halijah Husaini yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, Selangor dan mempunyai 4 orang cahaya mata.

photo912355533501081930.jpg

 

LATAR BELAKANG RAWATAN ISLAM

Ustaz Khairuddin merupakan perawat bertauliah dari AKADEMI RAWATAN ISLAM NUR EHSAN , KUANG SELANGOR ( AKRINE ), berpengalaman dalam merawat ramai pesakit yang melibatkan gangguan saka, jin sihir dan gangguan santau.  Ustaz Khairuddin juga masih aktif merawat pesakit di Pusat Rawatan Islam sehingga kini.  Selain dari AKRINE, beliau juga  mendapat sijil kelulusan kursus rawatan islam dari PUSAT LATIHAN URBAN MUALLIJ. 

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

RAHSIA POHON merupakan nama syarikat yang diuruskan oleh Cik Siti Hajar pada awal penglibatan beliau dalam bidang perniagaan produk.  Ia telah ditubuhkan pada tahun 2013.  Minat yang mendalam dalam dunia perniagaan telah dipraktikan dari zaman belajar lagi. Setelah penubuhan syarikat, beliau bermula dengan menjual produk kegunaan wanita yang dibeli terus dari China. 

Pengalaman bekerja di bawah syarikat e dagang, iaitu Ebay.com memberi banyak pendedahan tentang perniagaan secara atas talian.  Mendapat kelulusan dari Akademi pembuatan produk penjagaan kulit pada tahun 2015 telah memberi inspirasi pada beliau untuk menghasilkan produk yang bermanfaat pada pengguna terutama dalam rawatan Islam.  Bermula dengan pejabat kecil di rumah, kini Rahsia Pohon telah membuka pejabat urusan di Seksyen 13 Bandar Puncak Alam.

Dengan kerjasama yang kuat dari agen dan stokis,  kini Rahsia Pohon semakin kukuh dan gigih melebarkan sayapnya dari Perlis ke Johor serta ke Brunei.   Bidara Rahsia Pohon bermula dengan seketul Sabun dan telah melahirkan 4 produk lain yang berasaskan bidara.

MISI DAN VISI SYARIKAT

Misi syarikat kami adalah untuk membantu surirumah menjana pendapatan tanpa modal serta memajukan ekonomi umat Islam.  Selain itu kami juga ingin membantu pengguna untuk lebih mengenali produk dan rawatan islam dalam kehidupan seharian.  Memberi nilai kehidupan yang lebih baik dari segi kewangan, kebahagian keluarga dan kesihatan yang baik untuk pengguna.

Dari segi produk, kami berusaha untuk menjaga kualiti produk yang terbaik dengan meletakkan harga mampu milik untuk setiap lapisan masyarakat.  


 

BIDARA RAHSIA POHON  ( Head Quaters )

No 12 Jalan Astan 13b/13 , Astana Alam

Seksyen 13, Bandar Puncak Alam

Selangor Darul Ehsan


Waktu Operasi :  Kami hanya beroperasi secara atas talian

Isnin hingga Jumaat

8 pagi – 5 petang

Sabtu , Ahad dan Cuti Umum 

Tutup


TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

Phone : 019 3080345

 Email : pengedarbidararuqyah@gmail.com